Pertemuan kali kedua bersama pimpinan BADAR telah diadakan pada 4 April yang lalu bertempat di Masjid Al-Faizin, Sri Gading.
Walaupun ahli pimpinan BADAR sedang sibuk membuat persiapan menghadapi ujian bulanan, namun semangat dalam menjalankan akitviti dakwah tetap berkobar-kobar dalam jiwa sanubari mereka. Terima kasih atas jasa kalian yang sudi menghadirkan diri untuk hari tersebut.
Aktiviti ini diadakan adalah untuk mejelaskan kepada ahli pimpinan perihal keperician perlaksanaan usrah bulanan yang dianjurkan oleh kami.
Menariknya, kali ini kami diberi pendedahan mengenai aplikasi “PERABOT”.
Tentunya sahabat-sahabat terfikir-fikir apa itu Perabot. Almari, meja, kerusi, dan ......???
Jangan salah sangka, perabot yang dimaksudkan ialah Pembelajaran Berasaskan Pengalaman On Trainers a.k.a PERABOT.
Disini, kami memperoleh input-input yang berguna daripada bekas ahli BADAR yang lepas menerusi pengalaman mereka dalam BADAR dan juga pengisian yang dikongsikan bersama setelah mereka terlibat dalam ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).
SELAMAT MAJU JAYA...BADAR SMKSG!!!
Salam Ukhuwah Kepada Akhowat Thanawi

Renungan Hari Ini
Manusia yang menarik dan saling mengingatkan kita pada akhirat
Sanggup berkorban, berkasih sayang kerana Allah
Itulah ciri-ciri cinta sejati…
Bertemu Lillah, berpisah Lillah,
Moga-moga subur dan mendapat hidayah.
Doa Daripada Kami
Logo SMKSG
Logo BADAR

GALERI AKTIVITI
Muka Buku
Bisikan Nurani
Indahnya Nurani
JALAN DAKWAH
Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa
Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah
Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa
Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi
Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.
Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita
0 comments:
Post a Comment
salam