Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal
yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki
begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal
ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut,
memetik serta memakan epal sepuas-puas
hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di
perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut
begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok
epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... Budak lelaki itu sudah besar dan
menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi
menghabiskan masanya setiap hari bermain di
sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu
hari dia datang kepada pokok epal tersebut
dengan wajah yang sedih. "marilah bermain-
mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "aku
bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar
bermain dengan engkau," jawab budak remaja
itu. "aku mahukan permainan. Aku perlukan wang
untuk membelinya," tambah budak remaja itu
dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu
berkata, "kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada
padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang.
Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang
kau inginkan." budak remaja itu dengan
gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan
pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu.
Pokok epal itu merasa sedih. Masa berlalu....
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin
dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "marilah
bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal
itu. "aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa
bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin
membina rumah sebagai tempat perlindungan
untuk keluargaku.
Bolehkah kau menolongku?" tanya budak
itu. "maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah.
Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang
besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya."
pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak
yang semakin dewasa itu memotong kesemua
dahan pokok epal itu dan pergi dengan
gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira
tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak
itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang
menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah
budak lelaki yang pernah bermain-main dengan
pokok epal itu. Dia telah matang dan
dewasa. "marilah bermain-mainlah di sekitarku,"
ajak pokok epal itu. "maafkan aku, tetapi aku
bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di
sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai
cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak
mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?"
tanya lelaki itu. "aku tidak mempunyai bot untuk
diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong
batang pokok ini untuk dijadikan bot.
Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang
pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira
dan menebang batang pokok epal itu. Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya
dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki
yang semakin dimamah usia, datang menuju
pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang
pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "maafkan
aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan
kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk
kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku
untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul
dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal
itu dengan nada pilu. "aku tidak mahu epalmu
kerana aku sudah tiada bergigi untuk
memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana
aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak
mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk
belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,"
jawab lelaki tua itu. "jika begitu, berehatlah di
perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu
duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.
Mereka berdua menangis kegembiraan.
Cerita ini sengaja dipaparkan untuk
mengajak para remaja berfikir
tentang
pengajaran di sebalik cerita tersebut.
Sebenarnya, pokok epal yang
dimaksudkan di dalam cerita itu adalah
kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih
muda, kita suka bermain dengan
mereka. Ketika kita meningkat remaja,
kita perlukan bantuan mereka untuk
meneruskan hidup. Kita tinggalkan
mereka, dan hanya kembali meminta
pertolongan apabila kita di dalam
kesusahan. Namun begitu, mereka
tetap menolong kita dan melakukan
apa sahaja asalkan kita bahagia dan
gembira dalam hidup. Anda mungkin
terfikir bahawa budak lelaki itu
bersikap kejam terhadap pokok epal
itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya
bagaimana kebanyakan anak-anak masa
kini melayan ibu bapa mereka.
Hargailah jasa ibu bapa kepada kita.
Jangan hanya kita menghargai mereka
semasa menyambut hari ibu dan hari
bapa setiap tahun.
" jika ilmu dan amal tidak membuahkan akhlak
yang mulia, maka ilmu dan amal itu tiada nilainya
di sisi allah swt dan manusia"
Salam Ukhuwah Kepada Akhowat Thanawi
Renungan Hari Ini
Manusia yang menarik dan saling mengingatkan kita pada akhirat
Sanggup berkorban, berkasih sayang kerana Allah
Itulah ciri-ciri cinta sejati…
Bertemu Lillah, berpisah Lillah,
Moga-moga subur dan mendapat hidayah.
Doa Daripada Kami
Logo SMKSG
Logo BADAR
GALERI AKTIVITI
Muka Buku
Bisikan Nurani
Indahnya Nurani
JALAN DAKWAH
Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa
Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah
Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa
Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi
Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.
Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita