Alhamdulillah, liqa usrah buat kali keempaat yang diadakan pada 6 MEI 2010 yang lalu telah berjaya dilaksanakan dengan keizinan Allah S.W.T Yang Maha Pemberi.
Antara tajuk yang dikongsikan bersama-sama dengan RAKAN BADAR ialah:
1. KEHIDUPAN BERSYARIAT
2. HAKIKAT KESAKITAN
3. KENALPASTI PRODUK HALAL
Salam Ukhuwah Kepada Akhowat Thanawi
Renungan Hari Ini
Manusia yang menarik dan saling mengingatkan kita pada akhirat
Sanggup berkorban, berkasih sayang kerana Allah
Itulah ciri-ciri cinta sejati…
Bertemu Lillah, berpisah Lillah,
Moga-moga subur dan mendapat hidayah.
Doa Daripada Kami
Sedih apabila melihat gelagat kawan-kawan kita yang begitu seronok mempermain-mainkan dan menipu orang lain pada 1 april setiap tahun.
Paling seronok, mereka mengatakan tarikh tersebut sesiapa pun tidak boleh marah hanya kerana tarikh tersebut adalah masa untuk menipu dan bersuka ria.
walaupun 1 april sudah berlalu, tetapi ana suka mengingatkan diri ana dan sahaba2 yang lain menegnai april fool ini.
Sejarah Gelap April Fool yang ramai antara kita tidak tahu.
Suatu ketika dahulu, umat Islam di Sepanyol telah kalah kepada orang Kristian dalam peperangan Salib.
Tanggal 1 April tahun bila saya tidak pasti, sebuah kota di sepanyol telah ditawan oleh tentera Kristian. Semua umat Islam di kota itu bersembunyi di dalam rumah masing-masing. Tentera Kristian telah menyuruh umat Islam di kota itu keluar dari rumah masing-masing dengan jaminan mereka tidak akan diapa-apakan. Malang sekali sebaik sahaja mereka keluar mereka telah dibunuh kesemuanya. Umat Islam pada ketika itu telah DITIPU, dan pada hari ini umat islam sendri meraikan PENIPUAN yang telah berlaku ke atas saudara kita..
Sedarlah wahai para sahabat..
Jangan biarkan diri kita terus TERTIPU!!!
ALHAMDULILLAH, usrah pertama BADAR telah berlansung dengan jayanya pada 8 April yang lalu pada jam 3.00 petang bertempat di bilik seminar 1, SMK Seri Gading.
Antara aktiviti yang dilakukan sebagai pembuka tirai ialah sesi Ta’aruf bersama pimpinan BADAR dan juga usrah daripada naqib usrah.

Di sini kami kongsikan serba sedikit mengenai topik usrah yang dibincangkan iaitu mengenai TANGGUNGJAWAB.
soal tanggungjawab : setiap dari kita adalah pemimpin dan kita akan disoal apa yg kita pimpin.Ayat ini menjelaskan bahawa kepimpinan merupakan amanah yg ditanggungjawabkan kepada setiap manusia.Dalam konteks ini, kita sentuh peranan kita sebagai pelajar.
Apabila kita tidak memegang sebarang jawatan di dalam persatuan atau sesebuah organisasi, tidak semestinya kita bukan pemimpin..kita juga mempunyai tugas lain iaitu sebagai pelajar.Itulah kepimpinan kepada kita.Kita perlu melakukan tugas2 sebagai pelajr seperti mendengar nasihat guru, menyiapkan kerja yg diberi oleh guru dan datng ke sekolah.
Tidak terfikirkah adik-adik bahawa anda semua akan disoal di sana apa yg adik2 buat sepanjang adik2 menjadi pelajr.Seseorang pemimpin itu berada di dua situasi, pertama, kaki kananya berada di syurga manakala kaki kirinya berada di neraka.
Apabila kita menyempurnakan tugas kita sebagai pemimpin, Insyaallah syurga menanti tetapi jika kita alpa,setakat ingin nama dan menunjuk2nunjuk, nantikan azab yang pedih daripada Allah S.W.T.Waalahualam.
Pertemuan kali kedua bersama pimpinan BADAR telah diadakan pada 4 April yang lalu bertempat di Masjid Al-Faizin, Sri Gading.
Walaupun ahli pimpinan BADAR sedang sibuk membuat persiapan menghadapi ujian bulanan, namun semangat dalam menjalankan akitviti dakwah tetap berkobar-kobar dalam jiwa sanubari mereka. Terima kasih atas jasa kalian yang sudi menghadirkan diri untuk hari tersebut.
Aktiviti ini diadakan adalah untuk mejelaskan kepada ahli pimpinan perihal keperician perlaksanaan usrah bulanan yang dianjurkan oleh kami.
Menariknya, kali ini kami diberi pendedahan mengenai aplikasi “PERABOT”.
Tentunya sahabat-sahabat terfikir-fikir apa itu Perabot. Almari, meja, kerusi, dan ......???
Jangan salah sangka, perabot yang dimaksudkan ialah Pembelajaran Berasaskan Pengalaman On Trainers a.k.a PERABOT.
Disini, kami memperoleh input-input yang berguna daripada bekas ahli BADAR yang lepas menerusi pengalaman mereka dalam BADAR dan juga pengisian yang dikongsikan bersama setelah mereka terlibat dalam ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).
SELAMAT MAJU JAYA...BADAR SMKSG!!!

Sejarah Valentine
Berdasarkan catatan sejarah 'Hari Kekasih' dipercayai bermula dari kisah seorang pendeta Kristian bernama Valentine yang hidup di Rom pada abad ketiga.
Beliau hidup dalam kerajaan yang dipimpin oleh Kaisar Claudius yang terkenal dengan sifat kejam. Claudius memiliki bala tentera yang besar, dia mengerahkan pemuda di bawah pemerintahannya menjadi tentera.
Namun hasrat Claudius tidak mendapat sambutan. Para pemuda enggan terlibat dalam perang kerana mereka tidak ingin meninggalkan keluarga dan kekasih-kekasih mereka. Hal ini membuat Claudius sangat marah.
Claudius berfikir jika pemuda tidak berkahwin atau mempunyai pasangan, mereka mudah untuk dikerah menjadi pasukan tentera. Lalu Claudius melarang perkahwinan.
Para pasangan muda menganggap keputusan ini sangat tidak perikemanusiaan dan ini adalah idea yang tidak boleh diterima, maka St Valentine menolak untuk melaksanakannya.
Valentine tetap melaksanakan tugasnya sebagai pendeta, iaitu berkahwin dengan kekasihnya secara rahsia.
Perkahwinan itu diketahui Kaisar yang segera memberinya amaran, bagaimanapun perkahwinan itu tetap diteruskan dalam suasana di dalam sebuah kapal kecil yang hanya diterangi cahaya lilin, tanpa bunga, tanpa cincin pernikahan.
Namun malangnya pasangan Velentine ditangkap dan dihumban kedalam penjara sehingga beliau mati di situ.
Beliau bukan dihina, malah dikunjungi penyokongnya, orang ramai menghadiahkan bunga ketika beliau dipenjara.
Pada 14 Februari, beliau sempat menulis tentang dirinya di dalam diari dan memesan kepada semua gadis dengan ungkapan "Dengan Cinta dari Valentinemu."
Kini setiap tanggal 14 Febuari orang serata akan dunia merayakannya sebagai hari kasih sayang. Orang-orang yang merayakan hari itu mengingat St. Valentine sebagai pejuang cinta.
Jadi, mengapakah kita perlu menyanjungi mereka?? Adakah Allah menyukai kita jika kita berbuat demikian???
alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana Dia telah mengizinkan kami untuk melaksanakan aktiviti usrah yang telah kami dijalankan.
aktivti usrah ini dilaksanakan sebulan sekali iaitu selepas waktu pelajar sesi pagi pulang bertempat di kelas 5SN1 dan bilik seminar 1.
Aktiviti ini juga dilaksana oleh semua ahli Persatuan.
Aktiviti yang dibimbing oleh para Ustaz dan Ustazah khususnya Ustaz Kusnan ini menerapkan nilai-nilai keagamaan dalam kalangan murid sekolah.
Saudara Naqib Usrah bersama guru pembimbing menerangkan topik perbincangan usrah pada hari tersebut.
ahli BADAR yang lain sedang khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan.
Selain itu, antara pengisian akviti BADAR ialah-:
• Membaca Al-Quran/ Mathurat/ Yaasin/ Berzanji
• Sesi pengenalan
• Pengagihan kumpulan
• Kepelbagaian permainan
• Tazkirah
• Pengagihan risalah
• Mengenal hukum tajwid
• Penyampaian maklumat mengenai pelajaran
• Berselawat 
Saudari naqibah sedang beramah mesra dengan ahli BADAR yang lain
bagi merapatkan silaturrahim.


Saudari naqibah sedang menerangkan lebih lanjut mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
Saudari Naqibah dan ahli-ahli sedang bermuzakarah.
di akhir usrah ini,semua ahli akan menjalani sesi meminta maaf sesama ahli untuk mengelakkan prasangka yang tidak baik dan juga untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain.
Logo SMKSG
Logo BADAR
GALERI AKTIVITI
Muka Buku
Bisikan Nurani
Indahnya Nurani
JALAN DAKWAH
Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa
Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah
Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa
Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi
Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.
Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita
