Awas apabila ketawa...!
Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke) kita pon ketawa berdekah-
dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita ni digeletek oleh lelucon pelawak2. "KEH KEH KEH KAH KAH"
Sekumpulan orang2 yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin di Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar 'temberang' sang tukang ubat. Jadi, dunia ni penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma kucing2 aje yang tak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow kot). Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. "KEH KEH KEH KAH KAH KAH"
Di dalam masjid pon, orang2 boleh ketawa. Ngomong2 di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. dan sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah kuat2 dan mengilai2 lagi gamat"
"KAH KAH KAH KEH KEH KEH"
Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaithan mahu ketawa sepanjang masa. Ha "ah, itu kawanku," kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata", kata sorang hamba Allah. "KEH KEH KEH"
Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda
yang bermaksud:
"Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada
Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan
diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal2 yang diharamkan oleh
Allah..".
sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".
"tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".
Daripaa Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.
Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila?
Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH"
Salam Ukhuwah Kepada Akhowat Thanawi
Renungan Hari Ini
Manusia yang menarik dan saling mengingatkan kita pada akhirat
Sanggup berkorban, berkasih sayang kerana Allah
Itulah ciri-ciri cinta sejati…
Bertemu Lillah, berpisah Lillah,
Moga-moga subur dan mendapat hidayah.
Doa Daripada Kami
Logo SMKSG
Logo BADAR
GALERI AKTIVITI
Muka Buku
Bisikan Nurani
Indahnya Nurani
JALAN DAKWAH
Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa
Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah
Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa
Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi
Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.
Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita
0 comments:
Post a Comment
salam